Hello! You're safety step on my world .
+Follow | Dashboard|

Little Girl
Entry The Boss Travel Lifestyle Instagram Twitter
#FirstEntry: Teknik-Teknik Belajar Yang Betul.
Monday 21 March 2016 | 12:32 | 0 Honey Bunny

Assalamualaikum & Hai semua.....
Saya nak bagitau korang ni especially budak UPSR,PT3,SPM dan yang sama dengannya   macam mana cara nak belajar dengan betul dan fokus.
Student yang mengamalkan cara belajar yang betul mereka jadi lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut cara yang betul.Harap lepas korang baca ni dapat korang gunakn sebaik mungkin masa yang terluang tu ye. Happy Reading!!
1. Tidak mensia-siakan masa walaupun seminit.
Seorang student yang cemerlang dia akan menggunakan masa yang terluang ini dengan membaca buku, mengulangkaji, buat homework and so on. So jangan sesekali biarkan masa yang kosong dengan benda yang LAGHA. Bukan senang nak senang ingat tu.
2. Bawa buku ke mana sahaja.
Amalkan sikap membawa buku kemana-mana saja. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku je. Kemungkinan diri korang tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan korang menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
3. Gunakan masa awal pagi. (Especially Waktu Subuh)
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah.(Paling bagus pada waktu Subuh begitu inshaAllah korang jawab dengan tenang).Memang waktu pagi orang memang tak ada mood nak baca buku ke apa2 lah kan.Jangan risau cuba korang lawan sifat mengantuk tu lagi2 bangun waktu pagi inshaAllah nanti lama kelamaan korang akan terbiasa bangun waktu pagi tapi paling bagus korang baca buku masa sebelum Solat Subuh dan masa yang sama korang boleh melakukan Solat Hajat dan mohon kepada Allah apa yang korang mahu.InshaAllah akan makbulkan.Amin
4. Buat nota ringkas.
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota ringkas adalah untuk membolehkan korang merujuk balik apa yang telah dibaca. Ini tidak menjamin ingatan korang tetapi akan meningkatkan kuasa ingatan korang. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih senang dan mudah.
5. Mencuba soalan tahun lalu.
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan diri dengan bentuk soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan how to answer. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan bentuk soalan peperiksaan.
6. Sentiasa tanya kalau tidak faham.
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap masa yang ada untuk menjawab kemusykilan korang. Biar pun korang dah faham , korang masih boleh tanya. Ini akan menguatkan lagi kefahaman dan ingatan korang. Anggapkan guru itu sebagai kakak atau abang korang dan kawan-kawan pula sebagai orang yang boleh membantu dalam apa2 hal ini.

p/s: Sekian itu shja kalau ada apa2 soalan just COMMENT dekat atas yang ada tulis HONEY BUNNY. Wassalam.

D'Owner
Welcome people


Aina Is My Name. Seorang Manusia Yang Suka 'Travel' Dan Suka 'Shopping' Sampai Tak Ingat Apa Dohniaa!! Tehee...

CURRENTLY : Minion's
MOOD : Cuti Sem dah start yeayyy!!!