Hello! You're safety step on my world .
+Follow | Dashboard|

Little Girl
Entry The Boss Travel Lifestyle Instagram Twitter
Resipi Ayam Masak Merah
Tuesday 22 March 2016 | 12:04 | 0 Honey Bunny

***Gambar ambil dari Encik Google je ni.

Assalamualaikum & Hai semua!!!
So today saya nak kongsi resipi dekat semua orang iaitu AYAM MASAK MERAH. Confirm semua memang dah tau ayam masak merah tu kan. Bahan-bahan yang digunakan untuk buat ayam masak merah ni sangat simple. Kalau nak lagi sedap makan ayam masak merah ni adalah makan bersama NASI TOMATO confirm korang akan suka punya. So, Let's get started.

Resepi Ayam Masak Merah.

Bahan Bahan:
1 ekor ayam yang sudah dilumur garam,kunyit dan digoreng separuh masak. (Ayam tu jangan terlampau atau terlebih garing okay)
2 kuntum bunga lawang
1 ketul kayu manis
2 sudu besar sos cili
Santan
Air
3 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Halia
15-20 tangkai cili kering, gunting dan buang sikit bijinya, rebus dan terus blender

Cara buat ayam masak merah:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  2. Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
  3. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di kisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejap.
  5. Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
  6. Lepas itu masukkan santan. Santan berguna untuk nak buat kuah tu pekat. Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat sangat. (REMEMBER OKAY)
  7. Masukkan tomato dan garam, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  8. Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan color kuah dah nampak menarik), bolehlah tutup api tu.
  9. Ayam masak merah dah pun masak and Ready To Eat.
P/s: Simple je kan nak masak ayam merah ni.Okaylah, Ini sahaja RESIPI AYAM MASAK MERAH yang saya sampaikan. InshaAllah akan menjadi korang masak tu okay.Dalam memasak ni kita kena kreatif contohnya pandai menggubah sesuatu makanan itu ikut citarasa korang sendiri. Selamat Mencuba and Good Luck.

D'Owner
Welcome people


Aina Is My Name. Seorang Manusia Yang Suka 'Travel' Dan Suka 'Shopping' Sampai Tak Ingat Apa Dohniaa!! Tehee...

CURRENTLY : Minion's
MOOD : Cuti Sem dah start yeayyy!!!