Hello! You're safety step on my world .
+Follow | Dashboard|

Little Girl
Entry The Boss Travel Lifestyle Instagram Twitter
Ciri-Ciri Wanita Muslimah Yang Sebenar.
Wednesday 23 March 2016 | 12:04 | 0 Honey Bunny




1. TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS
Seorang wanita Muslim yang sebenar itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah sangat menjolok mata dan 'menarik mata' kaum lelaki kepadanya.

2. TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG

Seorang wanita Muslim yang sebenar memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah s.w.t.

3. TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK

Seorang wanita Muslim yang sebenar memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang sangat tinggi kerana bau yang kuat. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w.. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.Wallahu'alam

4. TIDAK BIADAB DALAM BERKATA

Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.Dari situlah masyarakat dapat melihat dengan lebih dekat perangai dan akhlak seseorang itu.

5. TIDAK BERKATA SIA-SIA

Seorang wanita Muslim yang sebenar tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. 


6. TIDAK MENGHIAS DIRI SECARA BERLEBIHAN

Seorang wanita Muslim yang sebenar memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu.

7. TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG

Seorang wanita Muslim yang sebenar tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.


P/s: Sekian itu je yang saya nak sampaikan inshaAllah kita menjadi seorang muslimah dan seorang Islam yang betul2 megikut suruhan Allah s.w.t. Amin. Walaupun kita tidak sempurna seperti Fatimah r.a. atau Siti Khadijah tetapi kita harus terus usaha untuk menjadi wanita yang solehah dan inshaAllah akan dimasukkan syurga kelak. Kemuliaan seorang wanita bukan terletak pada RUPA PARAS tapi terletak pada AKHLAK,ADAB, dan yang paling important is sentiasa mentaati suruhan Allah s.w.t.

D'Owner
Welcome people


Aina Is My Name. Seorang Manusia Yang Suka 'Travel' Dan Suka 'Shopping' Sampai Tak Ingat Apa Dohniaa!! Tehee...

CURRENTLY : Minion's
MOOD : Cuti Sem dah start yeayyy!!!